Monday, 19 December 2016

Bangun Bersatu BangsaKu

Assalammualaikum Salam buat semua, salam silaturrahim kukuh bersama,

Perjalanan meniti arus masa, pusaka warisan tanah mulia, kekal bersama buat selamanya, ikatan persaudaraan buat kita semua...
Lembaran perjalanan kian terasa, buat diri yg tiada apa, hari ke hari merenung masa, maha suci tuhan yang Maha Berkuasa..
Bisikan hati....

Semangat silam kian menjelma,Menempuh waktu dalam perjalanan dunia,Makin hari makin terasa,
Dunia Kini Makin Tua.

Arus bergerak melalui masa,Tiada Hentinya walau seketika, Bermulanya kini kita Bersama,Sehati Sejiwa kita Bersaudara.

Teguh Berpegang dengan Agama,Jalinan Ukhwah buat semua,Bersatu Teguh dalam Bersaudara,Erat Jalinan Ukhwah bersama.
Detik Kini kita mulakannya,Akan Datang kita Bersedia,Perkukuh Benteng kita Bersama,Dalam Ujian perjalanan masa.

Kekalkan pusaka warisan kita,moga tak hilang dalam arus masa,menjadi pakaian buat anak bangsa, moga akan datang ia berguna,menjadi pertahanan membela agama, diri,keluarga dan juga bangsa.

 Teguh bersama dalam peredaran masa, moga tak pudar ikatan bersaudara, seruan kita satukannya, kelak tiba teguhlah dalam perjalanan dunia.

Sedar semua akan bangsa kita,kukuh bersama dengan agama, asal usul jangan dilupa,moga tidak dipesong oleh mereka yg durjana, yang ingin mengawal semuanya..*cukuplah sejarah kita digubahnya,yang lepas itu jadikan pengajaran,buat kita akan datang jadikan panduan, tiba masa segalanya akan betulkan.

Berpijaklah kita di bumi yg nyata,tanah sendiri warisan bersama,sedarlah kita anak bangsa, bangunlah kita dr leka,moga kita tidak dipengaruhi dengan masa(zaman moden).. sikit kita tersedar, akan dtg kita kenal.
Dari hanyut dibawa masa dan mereka yg pengatur rencana dunia,yakinilah Tuhan yang maha Esa,yg lebih berkuasa dari 'mereka'.

Iktibar dr dunia kini dan sejarah lampau tanah berdaulat ini, serta perjalanan masa kita yang di lalui.

Takkan Hilang Melayu Didunia Selagimana
Agama Kukuh Dipegang Menjadi Yang Utama.

Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh,
Erat Kita Kukuh,Longgar Kita Mudah Jatuh,
Bersatu Kita Dalam Jiwa,Silaturrahim Ukhwah Bersama,Moga Utuh Dalam Masa, Moga Teguh Lembaran Panji Agama, Menjadi Benteng Buat Semua.

Perjuangan Murni Keredhaan Illahi

*Gambar Di Edit Ditambah Dengan Kata-Kata"BLB13"*
(BLB-SangPurbaRajawaliBesi13)

Titipan kata dari Gambar Diatas

Bersatu Teguh Bercerai Roboh
Erat kita kukuh,Longgar kita jatuh,
Teguh kita Utuh,Renggang Kita Roboh.
Bersatu Sejiwa Dalam Tali Bersaudara.

Masa kian berjalan tiada hentinya,
Sekian lama kita dalam kemerdekaan,
Jangan pula leka dengan kedamaian,
Berdiri dalam jaga, Berjalan juga perlu perhatikannya,
Kini tiba buat kita,Erat Ikatan Ukhwah Bersama, Jalinan Silaturrahim buat semua,
Teguh benteng pertahanan Bersaudara, Moga kekal selamanya dalam masa.

Semangat silam kian menjelma,
Bersatu kukuh jiwa Bangsa,
Teguh hati bersama Agama,
Takkan Melayu Hilang Didunia,

Berjalan masa dalam putaran dunia,
Titik Persilangan kita Berjaga,
Moga bersedia buat semua,
Dalam menempuhi dugaan dunia.

Sampai masa kita hadapinya,
Sekurangnya kita sudah bersedia,
Dari ikatan kita kukuhkannya,
Moga Teguh Perjuangan Bersama,
Akan tiba ia juga,
Kita semua akan bersatu setia,
Membela nasib Saudara,
Pertahan Agama diDunia.

Panji Illahi yang dibawa,
Niat suci akan diredhaiNya,
Takkan hilang buat kita,
Berpegang teguh tiang Agama.

Bermula kini kita Eratkannya,
Ikatan bersama Ukhwah Bersaudara,
Dari mula kita sematkannya,
Jalinan Silaturrahim Perjuangan SeAgama.

Bangkit Bangsaku,Bangunlah bangsaku,
Sedarlah Dalam Masa,Bersatulah Buat Agama.

#SemangatPendekar
#KebangkitanJiwaPahlawan
#IkatanPersaudaraanSeAgama
#SalamUkhwahBuatSemua

Hanya menyampaikan.
BLB / SPRB13
#21RabiulAwal1438

Berguru bagi mencari Ilmu, ditunjuk diajar bagi peroleh yg dimahu, penerangan dan pemahaman diterangkan oleh guru,erat ikatan dalam berguru.
Dalam mendalami perlu Latihan kendiri, 
Jadi pemakanan buat diri sendiri, dikupas dicari mengikut kebolehan diri,jika ingin pencerahan yg lebih pasti, bertanyalah pada guru yg mengajari.
Belatih bersama teman,digelanggang jadikan 'hiburan',tenang dalam latihan,bertukar pendapat bersama guru dan teman2. 

Luas pengatahuan tinggi pemahaman, 
ikhlas diri bukanlah keterpaksaan,
hormat menghormati sesama teman,
Guru juga jangan dilupakan. 
Simpanlah ia pakaian diri, 
bukan bertujuan meninggi diri,
Moga berguna ilmu yg diperolehi,
buat diri dalam perjalanan masa hari ke hari.
Tanam niat pada hati,jadi pegangan buat perjalanan diri,moga berkat dan dirahmati, Ilmu yg ada dimanfaati kejalan yg diRedhai.BLB
Create by:SangPurbaRajawaliBesi13
Fb-BELIAN Lian B Bersaudara
Page-"WARISANBAHTERAMELAYU"

Saturday, 5 November 2016

Layan Ayat Santai - Ukhwah Bersilaturrahim

Bangsaku Melayu Agama Bersatu




Masa Lampau kita,hidup kembali ia kini,semangat lama yang keramat,Perjuangan suci Pertahan Agama dan Pertiwi.

Lembaran masa yang berjalan,kini kita dalam kemodenan,jangan lalai dalam zaman, Ikatan persaudaraan jangan diabaikan.

Terpaut tangan pada bahu,sapa dimula tangan dihulur,tanda sahabat dalam bersaudara, mengerat ikatan ukhwah bersama.

Duduk bersama dimeja kayu, air dihidang juadah terbuka, duduk bersembang bukanlah mengata, mencurah ilmu huraian bersama.

Cuit mencuit gurauan kita, gelak tawa penghibur kata, bertukar pendapat pandangan bersama, banyak yang dapat jika dihayatinya ia.

Bila berkata biarlah bermakna, dengan berkias lapangnya minda, terima dengan fikiran terbuka, dalam kasar ada halusnya.

Penyampaian dengan pelbagai cara, gerak tubuh mahupun kata, hormat menghormati bersama kita, moga teguh hubungan dari jiwa.

Luas ilmu tiada sempadannya, pelbagai cabang dan aneka yg ada,apa juga boleh dipelajarinya,dengan tujuan dan usaha diri padanya,tapi janganlah lari dari landasan Agama.

 Seni beladiri juga adalah ilmu, dari olahan tubuh menjadi pakaian diri, yg hendak dipelajari haruslah dicari,mengenal diri tambah jatidiri..
yakin dengan pemberian Illahi,sebatang tubuh yang kosong ini,diisi dengan ilmu insani,mengenal diri dalam perjalanan duniawi..

Mencari tujuan dlm langkahan kaki,dalam perjalanan pemberian Illahi,apa makna pada diri, pada hati kekuatan nurani.

 Luas fahaman dalam gerakan,pelbagai olahan kesesuaian diri, belajar menjadi panduan diri,ilmu dibawa dalam perjalanan ini.

Berkehendak kita mencari,ikhlas kita dlm mempelajari, apa juga yg diceburi, moga diredhai apa yg dipelajari..

 Semangat waja anak bangsa,teguh berjuang tegakkan agama, menjadi tunggak dan benteng tanah negara, moga kekal dalam peredaran masa.

*Jangan hilang latar belakang, diberi pula oleh pendatang,cara yang halus ingin mengawalnya, minda harus dijaga jiwa bersama,teguhlah kita dalam bersaudara..
 Agama juga ada menerangkannya, dengan silaturrahim ikatan kita, jalinan ukhwah dierat bersama, bagi mempertahankan agama dan juga bangsa..
Tanah berdaulat janganlah dilupa,penat lelah pejuang melawan durjana, jangan ia tergadai dalam arus masa,nanti kita juga yg merana...

*Ingatlah saudara, tanah kita pernah diceroboh,
Bagaimana perjalanan penjajah dlm masa utk menguasai tanah malaya dan nusantara,
Bagaimana segalanya diambil oleh mereka,
Ada juga pelbagai yg digelapkan mereka,
Rakyat merana dan sengsara, Pahlawan2 kita yg bangkit dlm memperjuangkan Agama dan Tanah Berdaulat kita, Kudrat mereka diperahkan,calar luka mahupun darah yg mengalir membasahi bumi tercinta,demi satu Tujuan suci,ia membawa kepada harmoni kini.
Ada dalam Kalangan kita pada ketika dahulu yang berpaling pada penjajah,membocor rahsia mahupun talibarut mereka, demi habuan yg tidak seberapa,kerana kejar dunia, ada yg sanggup menjatuhkan keagungan kerajaan besar dunia-kerajaan melayu silam.
Ingatlah buat kita.


Bersatu Teguh Bercerai Roboh,
Moga Teguh Kekal Utuh,
Longgar ikatan melemahkan pertahanan,
Tiang Agama jadikan Pegangan,
Moga dijaga dan dikekalkan,
Buat masa yg berjalan kita kekal dalam satu Lembaran.

Tuhan yg Esa Lagi maha Berkuasa,
Yakin Padanya Hati dan Jiwa,
Ikhlaskan segalanya dalam apa juga,
Membersih jiwa dalam mengenalNya.
Bersatunya semua rumpun bangsa,
Eratkan hubungan bersama sama,
Teguh jiwa dalam masa,
""Takkan Melayu Hilang Didunia""
-Jika Agama menjadi tunggak Utama-

Dalamnya kita semua bersaudara,
tidak kira dimana juga pecahan dunia,
bangkit membela demi Agama,
Niat difasak dalam perjalanan masa.
Salam Persaudaraan Buat semua, Harmoni kita keranaNya,Amannya kita pemberian dariNya.


Syukur pada yg maha Berkuasa,
Mentadbir Alam sekalian semesta,
Yang menjadikan dan memberikan segalanya,
tp jangan leka dalam masa, bersedia dan berjaga bukannya lena, diam kita bukanlah kerana takut,tp nilai adab dan sifat yg halus itu adalah melayu.
Berjaga dalam melalui belukar,
dirisau ular yg menjalar disemak kita tak perasan.yg mengekori dan memerhati juga kita tidak tahu,ditakuti sampai masa haiwan buas ni menyerang kita.

Ukhwah Silaturrahim Teguh Bersama,
Bersatu Jiwa Dalam Arus Masa,
Jangan Leka Dengan Dunia,
Tetap Bersedia Dalam Jaga..


Ilmu dicari dan dikongsi, buat semua dalam masa kini,
Moga bermanfaat buat diri, Dibawa dalam setiap masa yg bersilih ganti..
Ilmu tiada sempadannya,pelbagai pula pecahannya, jangan pula kita leka, apa yang dicari janganlah menyimpang dari tetapan Agama.
Berdiri Kita Benteng Syahadah Yang Sama,
Bersatu Bersama Dalam Kalimah Nya.
Kukuh bersatu dalam bersaudara,
Moga kekal buat selama lamanya.


#WarisanBahteraMelayut: Ilmu dan Ikatan Silaturrahim
#6Safar1438m


Perjalanan meniti arus masa, pusaka warisan tanah kita, kekal bersama buat selamanya, ikatan persaudraan buat kita...
Lembaran perjalanan kian terasa, buat diri yg tiada apa, hari ke hari merenung masa, maha suci tuhan yang Maha Berkuasa..
Bisikan hati....

Semangat silam kian menjelma,Menempuh waktu dalam perjalanan dunia,Makin hari makin terasa,Dunia Kini Makin Tua.

Arus bergerak melalui masa,Tiada Hentinya walau seketika, Bermulanya kini kita Bersama,Sehati Sejiwa kita Bersaudara.

Teguh Berpegang dengan Agama,Jalinan Ukhwah buat semua,Bersatu Teguh dalam Bersaudara,Erat Jalinan Ukhwah bersama.

Detik Kini kita mulakannya,Akan Datang kita Bersedia,Perkukuh Benteng Bersama,Dalam Ujian perjalanan masa.


Kekalkan pusaka warisan kita,moga tak hilang dalam arus masa,menjadi pakaian buat anak bangsa, moga akan datang ia berguna,menjadi pertahanan membela agama, diri,keluarga dan juga bangsa.

Teguh bersama dalam peredaran masa, moga tak pudar ikatan bersaudara, seruan kita satukannya, kelak tiba kukuh dalam perjalanan dunia.

Sedar kita akan bangsa kita,kukuh bersama dengan agama, asal usul jangan dilupa,moga tidak dipesong oleh mereka yg durjana, yang ingin mengawal semuanya,cukuplah sejarah kita digubahnya,yang lepas itu pengajaran,buat kita akan datang betulkan.


Moga kita perpijak pada bumi yg nyata,tanah sendiri warisan bersama,sedarlah kita anak bangsa, bangunlah kita dr leka,moga kita tidak dipengaruhi masa(zaman moden), sikit kita tersedar akan dtg kenal.

Iktibar dunia kini dan sejarah lampau tanah berdaulat ini serta perjalanan masa kita lalui.

Tidur dalam jaga, berdiri dalam sedia.
Bersatu Teguh Bercerai Roboh,
Teguh kita Kukuh,
Longgar Kita Jatuh.






Ukhwah Silaturrahim Teguh Bersama,Bersatu Jiwa Dalam Arus Masa,Jangan Leka Dengan Dunia,Tetap Bersedia Dalam Jaga..



CreateBy: WarisanBahteraMelayu
(SangPurbaRajawaliBesi13)

Sunday, 25 September 2016

BELIAN LIAN BERSAUDARA



ASSALAMMUALAIKUM pembuka kata, salam ukhwah ikatan persaudaraan buat semua. 

BELIAN : LIAN BERSAUDARA


serba ringkas sahaja
BELIAN-LIAN BERSAUDARA bukanlah mana-mana pertubuhan rasmi tertentu, niat asalnya membawa kebersatuan dan ukhwah silaturrahim antara pelian,persatuan dan kepada semua masyarakat disamping memperkenalkan seni beladiri aliran LIAN/BUAH PUKOL.
 disamping itu juga,ia bertujuan bagi mengeratkan hubungan pelian-pelian yang masih baru dan lama walau berbeza dari segi persatuan tapi semuanya dari aliran yang sama iaitu aliran Buah Pukul. Semuanya adalah bersaudara.

Ianya juga Membawa kepada Kesepakatan, Kebersatuan dan Bersilaturrahim antara Aliran Lian,Pukulan dan Persatuan Persilatan lain yang ada ditanah melayu kerana ianya merupakan rumpun seni beladiri bangsa melayu nusantara..

PERSAUDARAAN
Jalinan melalui perkenalan, perhimpunan dan majlis-majlis persilatan yang ada dibuat, ianya dapat mengeratkan hubungan,ikatan dan ukhwah persaudaraan bersama didalam hubungan seAgama, Sebangsa, Persilatan dan Beladiri serta satu tujuan yang tiada beza. 

Memperkenalkan
Disamping itu,BELIAN juga bertujuan untuk memperkenalkan  permainan aliran Lian yang ada diluar dari kawasan bertapak dan berkembangnya Lian (JOHOR,PAHANG,TERENGGANU).Kini aliran lian berkembang di bahagian barat dan membawa ke Utara semenanjung. Selain itu,permainan jenis Pukulan juga kian dikenali masyarakat umum. 

Seni beladiri melayu ini pelbagai, melalui persilatan,pukulan dan buah pukul, walau nampak berbeza tapi pada dasar tujuannya adalah sama. Bersatu kita teguh,Bercerai kita roboh, Eratnya ikatan tali,takkan mudah ia lucut walhal dapat mengikat berapa besar ranting yang dimahukan. bermula dari sekaranglah yang akan membawa kekuatan masa akan datang dan mengajar anak muda dan cucu cicit akan datang dari apa yang mereka lihat.

Ringkasan:- Mudah kata tujuan asalnya ukhwah bersama bagi pelian2 walau berbeza persatuan tapi masih satu aliran dan tujuan kedua memperkenalkan aliran seni permainan lian pada umum,disamping jalinan silaturrahim bersama persilatan lain...
Pada logo utama ada maksudnya,yang jelas adanya tangan bersalam yang membawa maksud silaturrahim,ukhwah ikatan dan persaudaraan. Adanya tangan buka dan tutup serta Lingkaran/separa bulat merujuk sebuah permainan dari aliran buah pukul berada dalam satu lingkungan kebersatuan,tidak kira apa juga persatuan tetapi masih dalam aliran buah pukul. Lengkungan separa bulat dan tidak bersambung bermakna adanya pintu untuk bersama dan menyambut jalinan ukhwah silaturrahim bersama pelian-pelian serta persilatan lain yang ada ditanah kita dan  keterbukaan kepada orang awam.
Ianya merujuk kepada jalinan hubungan persaudaraan sesama Islam dan walau berbeza aliran mahu pun persilatan, tetapi kita satu panji SeAgama dan satu tujuan yg tiada bezanya.


KEBERSATUAN UMMAH JALINAN SILATURRAHIM BERSAMA
-UKHWAH PERSAUDARAAN-
kunci persaudaraan kita adalah pada kalimah Syahadah yang sama.

*gambar sekadar hiasan*
 SENI BELADIRI MELAYU
-BENTENG TANAH BERDAULAT-

BELIAN Lian Bersaudara medium untuk berkenalan disamping menjalinkan hubungan sesama kita melayu dan Islam.dan ini bukanlah persatuan rasmi atau mana-mana pertubuhan sepertimana yang ada...
Disini kami lebih terbuka yang mana janji syahadah sama kita semua saudara..
Disamping menjalinkan ukhwah silaturrahim bersama pesilat2 dan persatuan lain diluar.. satu cara untuk berkenalan dan lembaran untuk ukhwah silaturrahim..tambah erat ikatan dan memartabat warisan dan seni melayu dan ingat mngingati bersama buat sahabat dan saudara yg ada serta berpegang teguh dengan Ajaran Islam, dan moga dapat bersatu dibawah payung naungan Illahi,antaranya dengan cara kita saling rendah diri,tolak ansur dan memahami jalan Allah yg menitikberatkan bg kalangan muslim iaitu Persaudaraan.

Dunia juga makin tua, banyak kepincangan telah berlaku, walau diluar dari tanah air kita, tapi ia banyak mengajar kita. dari sejarah penjajahan inggeris dan jepun ditanah air kita,itu sudah cukup memberi pengajaran pada kita dan komunis yang mengusai tanah malaya setelah membantu mengusir Jepun,itu cukup memberi satu penjelasan dan pengajaran buat tanah melayu. dengan ikatan pejuang2 tanah berdaulat ini yang menentang penjajah, ukhwah dan kebersatuan dalam menentang penzalim yang datang ibarat permata,baiknya mereka sebelum menguasai tanah berdaulat ini,tapi sebenarnya kaca yang bila pecah ia melukakan kita



Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk yang dimaksud dengan kalimat ini adalah Allah menciptakan mereka dari tidak ada menjadi ada. Diciptakannya mereka dengan hikmah dan kekuasaan-Nya.

  • Yang dimaksud hingga selesai dari penciptaan adalah sempurna dalam penciptaan.. Maha suci Allah dari tuduhan orang-orang yang tidak bertanggung jawab sebagaimana firman Allah:
إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَن يَقُولَ لَهُ كُن فَيَكُونُ﴿٨٢﴾
”Sesungguhnya keadaan-Nya apabila dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia.” (QS. Yasin: 82)


Pengertian Silaturahim
Dalam Kamus Besar, silaturahim atau silaturahmi bermakna tali persahabatan atau persaudaraan. Dalam perspektif bahasa Arab, Ahmad Warson dan Muhammad Fairuz (2007 : 810) mengungkap bahwa silaturahmi itu sebagai terjemahan Indonesia dari bahasa Arab صلة الرحم . Dilihat dari aspek tarkib, lafadz صلة الرحم merupakan tarkib idhofi, yaitu tarkib (susunan) yang terdiri dari mudhof (صلة) dan mudhof ilaih (الرحم). Untuk memahami makna silaturahmi, maka kami terlebih dahulu akan menjelaskan tentang makna صلة dan الرحم , kemudian makna silaturahmi.
1. Makna Shillah
Lafadz صلة merupakan mashdar dari وصل , Ahmad Warson (2002 : 1562-1563) mengartikan bahwa صلة adalah perhubungan, hubungan, pemberian dan karunia.
2. Makna Rahim
Ahmad Warson (2002 : 483) mengartikan, رحم adalah rahim, peranakan dan kerabat. Al-Raghib (2008 : 215 ) mengkaitkan kata rahim dengan rahim al-mar`ah (rahim seorang perempuan) yaitu tempat bayi di perut ibu. Yang bayi itu punya sifat disayangi pada saat dalam perut dan menyayangi orang lain setelah keluar dari perut ibunya. Dan kata rahim diartikan “kerabat” karena kerabat itu keluar dari satu rahim yang sama. Al-Raghib (2008 : 216) juga mengutip sabda Nabi, yang isinya menyebutkan, ketika Allah Swt menciptakan rahim, Ia berfirman, “Aku al-Rahman dan engkau al-Rahim, aku ambil namamu dari namaku, siapa yang menghubungkan padamu Aku menghubungkannya dan siapa yang memutuskan denganmu Aku memutuskannya”. Ini memberi isyarat bahwa rahmah-rahim mengandung makna al-Riqqatu (belas-kasihan) dan al-Ihsân (kedermawanan, kemurahan hati).
3. Makna Silaturahmi
Berdasarkan dua pengertian dua diatas, maka makna silaturahmi secara harfiah adalah menyambungkan kasih-sayang atau kekerabatan yang menghendaki kebaikan. Secara istilah makna silaturahmi, antara lain dapat dipahami dari apa yang dikemukakan Al-maraghi menyebutkan, “Yaitu menyambungkan kebaikan dan menolak sesuatu yang merugikan dengan sekemampuan”. Sementara itu imam as-Shon'ani (1992 : 4 : 295) mendefinisikan bahwa silaturahmi adalah kiasan tentang berbuat baik kepada kerabat yang memiliki hubungan nasab dan kerabat bersikap lembut, menyayangi dan memperhatikan kondisi mereka.
Pembagian Silaturahmi
As-Shon'ani (1992 : 4 : 298) mengutip pendapat imam al-Qurthubi yang menjelaskan bahwa silaturahmi yang mesti disambungkan itu terbagi kepada dua bagian, yaitu silaturahmi umum dan silaturahmi khusus. Silaturahmi umum yaitu rahim dalam agama, wajib disambungkan dengan cara saling menaehati, berlaku adil, menunaikan hak-hak yang wajib dan yang sunnah. Sedangkan sulaturahmi khusus yaitu dengan cara memberi nafakah kepada kerabat.
4. Silaturahmi dalam pandangan Al-Quran
Sejauh pengamatan kami terhadap ayat-ayat al-Quran, kami tidak menemukan satu ayat pun yang memerintahkan silaturahmi dengan bentuk fi'il amr dari lafadz وصل yang kami temukan bukab fi'il amr, melainkan bentuk fi'il madhi yang terdapat dalam surat al-Qoshos ayat 51 dan fi'il mudhore yang diulang sepuluh kali pada enam surat (Abdul Baqi, tt : 919). Meskipun demikian, bukan berarti al-Quran tidak memerintahkan silaturahmi, tetapi silaturahmi dalam al-Quran digunakan dengan lafadz yang lain.
Bila kita mencermati kembali makna rahim, kita temukan bahwa makna rahim itu adalah kerabat, sebagaimana diungkap oleh ar-Roghib dan Ahmad Warson. Di dalam al-Quran dijumpai beberapa ayat yang memerintahkan untuk memberikan hak kepada kerabat. Hal tersebut mengindikasikan bahwa silaturahmi diperintahkan dalam al-Quran walaupun menggunakan redaksi lain. Ayat-ayat yang dimaksud antara lain adalah sebagai berikut :
Surat an-Nahl ayat 90
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku 'adil dan berbuat kebajikan, memberi bantuan kepada kerabat, dan Dia melarang (melakukan) perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.
Pada ayat tersebut terdapat perintah memberi bantuan kepada kerabat dekat, terkait dengan makna tersebut, Ats-tsa’labi (tt: 2: 321), As-Sulami (2001: 1:372), ‘izz bin Abdussalam (1996: 1: 577), Fahrurrozi (tt: 1: 2747), dan Ahmad bin Muhammad bin Mahdi (2002: 24:73) mereka menafsirkan bahwa ungkapan tersebut bermakna perintah untuk silaturahmi.
Surat al-Isro ayat 26
وَآتِ ذَا الْقُرْبَى حَقَّهُ وَالْمِسْكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَلَا تُبَذِّرْ تَبْذِيرًا
Dan berikanlah haknya kepada kerabat dekat, juga kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan; dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros.
Pada ayat ini terdapat perintah Dan berikanlah haknya kepada kerabat dekat, menurut Baidhowi (tt: 1: 441), Al-Khozin (1979: 4: 157) bahwa makna kerabat tersebut adalah perintah untuk menyambungkan silaturahmi.
Surat ar-Rum ayat 38
فَآتِ ذَا الْقُرْبَى حَقَّهُ وَالْمِسْكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ ذَلِكَ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يُرِيدُونَ وَجْهَ اللَّهِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Maka berikanlah haknya kepada kerabat dekat, juga kepada orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan. Itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang mencari keridaan Allah. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.
As-Sam’ani (1997: 4: 215)mencatat bahwa perintah memberikan haq kepada kerabat dekat itu menurut mayoritas mufassir maknanya adalah silaturahmi dengan memberikan hadiah.
Berdasarkan tiga ayat diatas beserta penafsiran para mufasir jelaslah bahwa silaturahmi diperintahkan didalam Quran. Silaturahmi dalam pandangan Hadits
Hadis-hadis yang berkaitan dengan silaturahmi, diantaranya adalah:
1. Orang yang bersilaturahmi akan diperluas rizkinya, dipanjangkan umurnya.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم مَنْ أََحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ عَلَيْهِ فِي رِزْقِهِ, وَأَنْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ, فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ أَخْرَجَهُ اَلْبُخَارِيُّ.
Dari Abu Hurairoh r.a: Rosul bersabda barang siapa yang ingin diluaskan rizkinya, dan di panjangkan umurnya, hendaklah dia menyambungkan silaturahmi (H.R. Bukhori)
Dalam hadits lain, yang di takhrij oleh Ahmad dari Aisyah secara marfu’ Nabi pernah bersabda bahwa silaturahmi dan berbuat baik kepada tetangga akan dapat memakmurkan rumah serta menambah umur. Terkait dengan hadis tersebut, Ibnu Hajar (tt: 10: 416) dan As-Son’ani mencamtumkan pendapat Ibnu Tiin yang menyatakan bahwa dzohir hadis tersebut bertentangan dengan surat Al-A’rof ayat 34.


BELIAN:LIAN BERSAUDARA
Belian bererti dalam permainan adanya buah pukul atau permainan buah pukul. belian juga menunjukkan kapada latihan,sedang berlatih/berlian/belajar. Belian ini umum menunjukkan sesuatu yang menyeluruh. walau berbeza persatuan tapi dari satu aliran yang sama pada awalannya(satu rumpun).
 Lian Bersaudara membawa maksud persaudaraan sesama pelian dan persatuan lian. bahwasanya semua adalah dari aliran yang sama seperti satu salasilah luaran yang serupa iaitu permainan buah pukul. ianya juga menunjukkan ukhwah ikatan silaturrahim bersama sama bagi semua persatuan yang sama aliran dan bersilaturrahim jalinan bersama semua persilatan melayu.

Fb: 1-Belian Lian Bersaudara (2015)
2-Teratak Persaudaraan Belian (2017)
-Warisan Bahtera Melayu-
Create:Sept2016

*TerimaKasih:-
-PahangTenggara-

MEMARTABAT WARISAN BANGSA