Sunday 7 June 2015

SENI PERANG MELAYU NUSANTARA - SENI PERSILATAN


    SENI PERSILATAN NUSANTARA 


SERBA RINGKAS*

*Pembukaan
Seni beladiri nusantara adalah seni persilatan yang dibawa oleh orang melayu, ianya telah wujud ratusan mahupun ribuan tahun dahulu di nusantara. Ianya diamalkan oleh pendekar-pendekar,para pejuang,pembesar-pembesar dan panglima-panglima. Selain itu masyarakat tempatan juga mempelajari seni ini untuk mempertahankan dan dalam membantu kerajaan kesultanan dalam perperangan bagi mempertahankan kedudukan raja,kerajaan dan bangsa. Sehinggalah zaman berkembang seni persilatan dipelajari oleh orang-orang atau anak muda yang ingin merantau keluar kampung mahupun negara. Silat dahulunya merupakan seni perang.

*Perincian
Kini,seni beladiri melayu (persilatan) sudah terkenal diselata dunia,kehebatan dan kekuatan seni silat telah terbukti dan banyak dipelajari oleh pelbagai orang dipelusuk dunia. Seni persilatan dinusantara berkembang semasa wujudnya kerajaan-kerajaan lama seperti kerajaan kedah-tua,kerajaan melaka,dan sebagainya dinusantara. Sebenarnya seni ini telah wujud berkurun lamanya dari kerajaan-kerajaan kuno lampau sebelum kewujudan kerajaan yang kita ketahui dalam sejarah seperti zaman kerajaan gunung ledang,kerajaan batu hitam dan sebagainya yang telah wujud berdekat lamanya. Ianya merupakan senjata diri dalam perang kuno.

Senjata utama dalam persilatan secara umum semua tahu bahawa keris merupakan senjata utama bagi permainan silat. Dikatakan keris adalah senjata paling bahaya kerana permainannya untuk menikam, dan keris mempunyai semangat tersendiri. Senjata sampingan yang biasa digunakan seperti kerambit, cemendi,tekpi,cindai,kayu,dan sebagainya, dan sekarang semua jenis senjata moden boleh diaplikasikan dalam permainan silat. Dalam persilatan, ada keunikannya tersendiri, contoh salah satunya cara permainan dan pergerakannya. Keunikannya juga pada jurus-jurus yang ada pada sesebuah persilatan, hal ini antaranya kerana kesenian pengolahan, susun atur, fungsi-kegunaan, dan kekemasan kebanyakannya  menjadikan ia multi-fungsi bagi seseorang pesilat. Segalanya yang berkaitan dan terkandung dalam persilatan dan dengan kekemasan menjadikan ia lebih merbahaya kerana gerak persilatan,jurus serta buah yang dimainkan boleh membunuh musuh dengan hanya beberapa saat dan beberapa pergerakan sahaja. Hal ini telah dibuktikan oleh pengkaji-pengkaji barat sepertimana contoh yang telah dibuat oleh National Geography
 (boleh Searh Youtube : https://www.youtube.com/watch?v=7WwRmqfCKU0 & https://www.youtube.com/watch?v=JO024Yg4ZRY).

Seni silat terbahagi kepada dua bentuk permainan iaitu permainan tempur tanpa senjata dan tempur bersenjata. Dalam tempur tanpa senjata terdapat pelbagai cara bunuh dan mati gerak musuh. Dalam tempur bersenjata pula terdapat seribu satu cara permainan. Seperti seni mempertahankan diri yang lain yang ada di seluruh dunia, tetapi silat ada keunikannya tersendiri. Dalam persilatan juga ada permainan lembut, permainan sederhana, permainan keras (aku bagi gelaran untuk mudah dimahami). Terdapat banyak cara dalam persilatan dan jurus dari bentuk serangan, cara serangan dan cara pukulan yang boleh dimain dengan pelbagai bentuk antaranya pukulan ganda, patah diri dan pukulan bunuh. Apa juga bentuk permainan persilatan, 'klimak' permainan dalam persilatan adalah bahaya dan boleh membunuh dengan sekelip mata.

Dahulunya seni persilatan kebanyakannya dikaitkan dengan amalan-amalan ghaib (hal ini adalah sebabnya bagi orang-orang dulu),sehinggalah kedatangan islam ke nusantara dan diterima oleh masyarakat nusantara ini sebagai agama dan pegangan dalam perjalanan hidup. Selepas kedatangan dan penerimaan islam,seni persilatan menjadi lebih kemas dan berbisa selepas amalan-amalan dan ajaran-ajaran Islam diserap sebagai kunci kekemasan dalam jurus pembawakan sesebuah persilatan. Ini juga menjadi tunggak penggerak dalam persilatan,antaranya mengeratkan lagi silaturrahim antara pesilat-pesilat, penyatuan ummah dan bangsa yang bersatu dibawah satu perjuangan, menjadikan ukhwan persaudaraan antara silat-silat yang berbeda lebih kuat pertaliannya, mewujudkan ikatan panji-panji persilatan persaudaraan yang utuh penyatuan hatinya. Kebaikan yang wujud dalam persilatan antaranya adalah persaudaraan,kesabaran,ketenangan,keberanian demi kebenaran,kekuatan dan kepercayaan diri dengan tuhan,dan penyatuan. Perkara-perkara ghaib kini tidak lagi menjadi penggerak amalan kepada sesetengah persilatan,tetapi ajaran Islam sebagai pegangan dan tunggak penggerak persilatan. Kebanyakannya perkara ghaib kini hanya jadi ujian kepada pesilat-pesilat atas tujuan tertentu sahaja. Jangan mempertuhankan makhluk-makhluk ghaib kerana ia boleh memesongkan akidah dan syirik, cukup sekadar mengatahui atas ujian sahaja. ALLAH lah maha berkuasa, dan kepadanya kita meminta kekuatan dan perlindungan.

*Akhiran Kata

Kini seni silat sudah kurang sambutan bagi anak melayu pada masakini, kemasukan seni beladiri dari luar lebih menarik perhatian pemuda-pemuda dengan corak permainan yang lebih menarik dan nampak cantik seperti karate, copaira dan sebagainya. Hal ini menjadikan remaja masakini kurang berminat dengan seni persilatan melayu sendiri. 

Rugi pada kita orang melayu tidak mempelajari seni beladiri kita sendiri yang dari dulu turun temurun dibawa dan dikembangkan di tanah kita sendiri seperti tidak dapat sembutan. tambahan dunia kini sudah moden, perkembangan masa yang meninggalkan seni beladiri kita sendiri dengan kini lebih kepada zaman 'rileks' dan gudget. 

Janganlah satu masa seni kita hilang, atau tergadai, banyak orang luar yang datang ingin mempelajari seni kita tetapi anak melayu kini tidak mengambil berat mengenainya. Dahulunya seni persilatan melayu adalah rahsia bagi orang melayu dan sukar untuk orang luar mempelajarinya.
Kesilapan besar juga kini banyak seni persilatan keseluruhannya dirakam dan disebarkan melalui laman internet. Kebaikannya kita memperkenal seni kita, tetapi dirisaukan cara-cara, dan jurus-jurus diambil oleh orang luar dan di olah dengan cara mereka sendiri untuk seni mereka. Kebanyakan persilatan merakam hampir totaly corak permainan persilatan,dikhuatiri ia diambil dan rugi pada kita orang melayu.

"Kembalilah semangat anak melayu dengan seni kita, cintailah seni beladiri kita,
 keluhuran bangsa kekuatan tunggak negara, pupuklah semangat bangsa demi kebaikan kita,
 jangan hilang tergadai segalanya,kita bangsa tua dunia tidak tinggal apa-apa"
 


(MELAYU TAKKAN HILANG DIDUNIA)
WARISAN BAHTERA MELAYU
SENI BELADIRI KERAMAT
SILAT
-BENTENG TANAH BERDAULAT-


create by: