Saturday 5 November 2016

Layan Ayat Santai - Ukhwah Bersilaturrahim

Bangsaku Melayu Agama Bersatu




Masa Lampau kita,hidup kembali ia kini,semangat lama yang keramat,Perjuangan suci Pertahan Agama dan Pertiwi.

Lembaran masa yang berjalan,kini kita dalam kemodenan,jangan lalai dalam zaman, Ikatan persaudaraan jangan diabaikan.

Terpaut tangan pada bahu,sapa dimula tangan dihulur,tanda sahabat dalam bersaudara, mengerat ikatan ukhwah bersama.

Duduk bersama dimeja kayu, air dihidang juadah terbuka, duduk bersembang bukanlah mengata, mencurah ilmu huraian bersama.

Cuit mencuit gurauan kita, gelak tawa penghibur kata, bertukar pendapat pandangan bersama, banyak yang dapat jika dihayatinya ia.

Bila berkata biarlah bermakna, dengan berkias lapangnya minda, terima dengan fikiran terbuka, dalam kasar ada halusnya.

Penyampaian dengan pelbagai cara, gerak tubuh mahupun kata, hormat menghormati bersama kita, moga teguh hubungan dari jiwa.

Luas ilmu tiada sempadannya, pelbagai cabang dan aneka yg ada,apa juga boleh dipelajarinya,dengan tujuan dan usaha diri padanya,tapi janganlah lari dari landasan Agama.

 Seni beladiri juga adalah ilmu, dari olahan tubuh menjadi pakaian diri, yg hendak dipelajari haruslah dicari,mengenal diri tambah jatidiri..
yakin dengan pemberian Illahi,sebatang tubuh yang kosong ini,diisi dengan ilmu insani,mengenal diri dalam perjalanan duniawi..

Mencari tujuan dlm langkahan kaki,dalam perjalanan pemberian Illahi,apa makna pada diri, pada hati kekuatan nurani.

 Luas fahaman dalam gerakan,pelbagai olahan kesesuaian diri, belajar menjadi panduan diri,ilmu dibawa dalam perjalanan ini.

Berkehendak kita mencari,ikhlas kita dlm mempelajari, apa juga yg diceburi, moga diredhai apa yg dipelajari..

 Semangat waja anak bangsa,teguh berjuang tegakkan agama, menjadi tunggak dan benteng tanah negara, moga kekal dalam peredaran masa.

*Jangan hilang latar belakang, diberi pula oleh pendatang,cara yang halus ingin mengawalnya, minda harus dijaga jiwa bersama,teguhlah kita dalam bersaudara..
 Agama juga ada menerangkannya, dengan silaturrahim ikatan kita, jalinan ukhwah dierat bersama, bagi mempertahankan agama dan juga bangsa..
Tanah berdaulat janganlah dilupa,penat lelah pejuang melawan durjana, jangan ia tergadai dalam arus masa,nanti kita juga yg merana...

*Ingatlah saudara, tanah kita pernah diceroboh,
Bagaimana perjalanan penjajah dlm masa utk menguasai tanah malaya dan nusantara,
Bagaimana segalanya diambil oleh mereka,
Ada juga pelbagai yg digelapkan mereka,
Rakyat merana dan sengsara, Pahlawan2 kita yg bangkit dlm memperjuangkan Agama dan Tanah Berdaulat kita, Kudrat mereka diperahkan,calar luka mahupun darah yg mengalir membasahi bumi tercinta,demi satu Tujuan suci,ia membawa kepada harmoni kini.
Ada dalam Kalangan kita pada ketika dahulu yang berpaling pada penjajah,membocor rahsia mahupun talibarut mereka, demi habuan yg tidak seberapa,kerana kejar dunia, ada yg sanggup menjatuhkan keagungan kerajaan besar dunia-kerajaan melayu silam.
Ingatlah buat kita.


Bersatu Teguh Bercerai Roboh,
Moga Teguh Kekal Utuh,
Longgar ikatan melemahkan pertahanan,
Tiang Agama jadikan Pegangan,
Moga dijaga dan dikekalkan,
Buat masa yg berjalan kita kekal dalam satu Lembaran.

Tuhan yg Esa Lagi maha Berkuasa,
Yakin Padanya Hati dan Jiwa,
Ikhlaskan segalanya dalam apa juga,
Membersih jiwa dalam mengenalNya.
Bersatunya semua rumpun bangsa,
Eratkan hubungan bersama sama,
Teguh jiwa dalam masa,
""Takkan Melayu Hilang Didunia""
-Jika Agama menjadi tunggak Utama-

Dalamnya kita semua bersaudara,
tidak kira dimana juga pecahan dunia,
bangkit membela demi Agama,
Niat difasak dalam perjalanan masa.
Salam Persaudaraan Buat semua, Harmoni kita keranaNya,Amannya kita pemberian dariNya.


Syukur pada yg maha Berkuasa,
Mentadbir Alam sekalian semesta,
Yang menjadikan dan memberikan segalanya,
tp jangan leka dalam masa, bersedia dan berjaga bukannya lena, diam kita bukanlah kerana takut,tp nilai adab dan sifat yg halus itu adalah melayu.
Berjaga dalam melalui belukar,
dirisau ular yg menjalar disemak kita tak perasan.yg mengekori dan memerhati juga kita tidak tahu,ditakuti sampai masa haiwan buas ni menyerang kita.

Ukhwah Silaturrahim Teguh Bersama,
Bersatu Jiwa Dalam Arus Masa,
Jangan Leka Dengan Dunia,
Tetap Bersedia Dalam Jaga..


Ilmu dicari dan dikongsi, buat semua dalam masa kini,
Moga bermanfaat buat diri, Dibawa dalam setiap masa yg bersilih ganti..
Ilmu tiada sempadannya,pelbagai pula pecahannya, jangan pula kita leka, apa yang dicari janganlah menyimpang dari tetapan Agama.
Berdiri Kita Benteng Syahadah Yang Sama,
Bersatu Bersama Dalam Kalimah Nya.
Kukuh bersatu dalam bersaudara,
Moga kekal buat selama lamanya.


#WarisanBahteraMelayut: Ilmu dan Ikatan Silaturrahim
#6Safar1438m


Perjalanan meniti arus masa, pusaka warisan tanah kita, kekal bersama buat selamanya, ikatan persaudraan buat kita...
Lembaran perjalanan kian terasa, buat diri yg tiada apa, hari ke hari merenung masa, maha suci tuhan yang Maha Berkuasa..
Bisikan hati....

Semangat silam kian menjelma,Menempuh waktu dalam perjalanan dunia,Makin hari makin terasa,Dunia Kini Makin Tua.

Arus bergerak melalui masa,Tiada Hentinya walau seketika, Bermulanya kini kita Bersama,Sehati Sejiwa kita Bersaudara.

Teguh Berpegang dengan Agama,Jalinan Ukhwah buat semua,Bersatu Teguh dalam Bersaudara,Erat Jalinan Ukhwah bersama.

Detik Kini kita mulakannya,Akan Datang kita Bersedia,Perkukuh Benteng Bersama,Dalam Ujian perjalanan masa.


Kekalkan pusaka warisan kita,moga tak hilang dalam arus masa,menjadi pakaian buat anak bangsa, moga akan datang ia berguna,menjadi pertahanan membela agama, diri,keluarga dan juga bangsa.

Teguh bersama dalam peredaran masa, moga tak pudar ikatan bersaudara, seruan kita satukannya, kelak tiba kukuh dalam perjalanan dunia.

Sedar kita akan bangsa kita,kukuh bersama dengan agama, asal usul jangan dilupa,moga tidak dipesong oleh mereka yg durjana, yang ingin mengawal semuanya,cukuplah sejarah kita digubahnya,yang lepas itu pengajaran,buat kita akan datang betulkan.


Moga kita perpijak pada bumi yg nyata,tanah sendiri warisan bersama,sedarlah kita anak bangsa, bangunlah kita dr leka,moga kita tidak dipengaruhi masa(zaman moden), sikit kita tersedar akan dtg kenal.

Iktibar dunia kini dan sejarah lampau tanah berdaulat ini serta perjalanan masa kita lalui.

Tidur dalam jaga, berdiri dalam sedia.
Bersatu Teguh Bercerai Roboh,
Teguh kita Kukuh,
Longgar Kita Jatuh.






Ukhwah Silaturrahim Teguh Bersama,Bersatu Jiwa Dalam Arus Masa,Jangan Leka Dengan Dunia,Tetap Bersedia Dalam Jaga..



CreateBy: WarisanBahteraMelayu
(SangPurbaRajawaliBesi13)