Saturday 9 May 2015

Coretan Santai Warisan Bahtera Melayu-BLB

Assalammualaikum.
 Setiap kata Ilham tersendiri,alam menjadi peneman disaat tiap kali menyendiri, sedetik Ilham pemberian Illahi,
Dikongsi Bersama buat yg sudi.

*Gambar2 Hanyalah Sekadar Hiasan*

-SangPurbaRajawaliBesi13-
2015®

Bismillahhirrahmanirrahim

-Rajawali Besi-
Terbanglah selagi boleh,capailah berapa tinggi selagi mampu.. 
Kerana dilangit tiada sempadan, tp ingatlah jgn terkeluar Dr landasan.. 
Ilmu ITU luas,tiada had pembelajaran,tiada takat utk pengatahuan,selagi berguna buat diri Dan semua...
Yang utama jgnlah lari mahupun  terpesong Dr yg  maha ESA.
*BLB*

Salam Ukhwah pada semua, pembuka kata buat kita, seni beladiri pusaka bersama, dijaga dan dikembangkan persilatan kita, moga kekal bersama bangsa, menjadi pertahanan agama,tanah berdaulat dan juga bangsa. 
Buah cempedak diluar pagar,ambil galah tolong jolokkan, adik adik baru belajar, slh silap tolong tunjukkan..

Ruas buluh keras rupanya, parang diguna ingin menebasnya, luas ilmu tiada hadnya,mencari mengungkap tiada sempadannya.

Belajar bersama menimba ilmu, segala pertanyaan tanyalah guru,moga yg dipelajari peroleh kefahaman, mudah dikuasai segala pembelajaran.

Dalam arus menyusuri masa, tiada henti walau sesaat atau seketika, menongkah hari dlm perjalanan masa, kuatkn ikatan buat kita semua. 

Kekal utuh perjuangan bersama, tiada beza beladiri kita,satu tujuan silat melayu semua, walau masa berjalan dulu kini dan selamanya,takkan pusaka dan bangsa melayu hilang didunia...*BLB*


Ilmu
Belajar,fahami,dalami.. carilah diri kamu,kenali-lah diri kamu,keyakinan dalam diri kamu,tahab keinginan dan kekuatan diri kamu,kecekalan dalam diri kamu,kerna yang bawa diri kamu dan ilmumu diluar sana adalah diri kamu sendiri,dalam pada mengharungi dan menjalani perjalanan kehidupan ini....
dan yg utama berpegang teguhlah dgn Tuhan yg maha Esa:-
pesanan orang tua
*BLB*

wahai anak bangsa seagamaku,bangkitlah kalian,
wahai anak muda kita,bangkitlah dari lena,
majulah untuk diri,agama dan negara,
janganlah kita leka dengan apa yang ada,
janganlah kita leka dengan hiburan semasa,
tapi paculah diri untuk terus maju,
dalam pelbagai aspek kita boleh kuasai,
dengan jati diri,kesungguhan dan kekuatan dalam diri,
ikhlas dicurahkan dari dalam hati,
agar setiap yang diusahakan dirahmati dan dikasihi.BLB

Silaturrahim Ikatan bersama,tiada bezanya antara kita,kerna dr kelahiran kita bersaudara.. Islam agama kita,isinya menjadi pegangan membawa bersama, lahir pula dlm serumpun bangsa,Takkan Melayu Hilang Didunia,selagi mana Agama menjadi yg utama, bersatu semua dibawah naungan yg maha Esa. 
Sejahtera dan damailah kita ditanah ini..amiiin..
Yang datang tidak dijangka,asal sentiasa kita bersedia, asal berdiri bkn lena, asal gerak bukan bayangannya, ujian dicuba ancaman ada juga, asal pergi itu berguna, asal kena mesti kena,kiri kanan kita corakkannya,dalam luar dimainkannya, asal peluang dlm ruang,jarak dan jangka masa berjalan,fahami gerak mahupun corak, maju kehadapan mencari kejayaan.yakin pada diri,percaya pd hati..usaha dlm mempelajari,dipakai guna ilmu dlm perjalanan hari ke hari. Asal jgn disalah guna,biarlah sebagai pakaian diri bila diperlukan, jd kan latihan pd diri umpama senaman pemanas diri sendiri. *BLB*


""Dalam hari berjalan bersama masa,tidak sedetik sesaat ia berhenti, apa buat diri,diri sendiri yg membawa diri.. 
   Dalam terang siang kita bergerak kesana sini,bila malam sunyi kita berdiam diri,menghayati keindahan kala kegelapan malam,ketenangan terasa didalam hati,alunan pujian ikhlas dihati,makin tenang ia didalam hati...
   Dikala kita mendayung meredahi sungai,arus membawa kita kepantai,dalam perjalanan itu terlihat pelbagai keindahan,tepian sungai dihutan dihiasi tumbuhan,kala gembira mendengar dan melihat burung2 berkicauan dan bergurauan,corak arus akan datang dilalui kita tidak  tahu, adanya batuan,ada masanya deras,diri kita yg membawa dan menjaga diri sendiri dalam masa waktu diuji... 
   Bilamana sampai diketenangan, tatkala ada pemangsa buaya yg bersedia membaham. 
   Pelbagai bentuk dan corak kita lalui,itulah ilmu tanpa disedari.. sampainya dimuara,lihat luasnya laut terbentang,diri mula rasa lapang, senyum dalam gembira, ombak kian dirasa, menghempas ia disisi perahu yg membawa kita,sehingga tanpa disedari,beradanya kita ditengah lautan yg tidak pasti mana arah yg mahu dituju.
    Semuanya rata tampa penghujungnya. Dengan hati dan kekuatan dirilah yg terus mmilih arah yg dtuju.. sehinggalah berjaya,jika bagaimana tiba ditengah lautan,segala airnya hilang kemarau yg datang,tersadailah ditengahnya tanpa apa,kering kontang dan sampan tidak lagi boleh digunakan,usaha dirilah terus berjalan...
    Dalam perjalanan hanya diri membawa diri sendiri,pelbagai liku duka gembira dilalui,pelbagai ujian yg dihadapi..kecekalan,kekuatan,ketabahan dan kesabaran diri yg teguh membawa diri,dalam haluan yg diredhai,denganNya lah kita berserah dan yakinilah bahwa Tuhan ada dalam kita.
    Janganlah ada sesamar walau sikit pada jiwa,ia akan mempengaruhi keyakinan dan mengganggu hati... Nikmat tuhan yg Maha Kaya da Besar dalam setiapnya... Allah yg Maha Esa"" 

*"Air yang dicincang takkan putus,begitu juga ilmu dan diri"
*"Air juga ibarat Ilmu,dapat menyegarkan dan menghidupkan hidupan, jika tiada kegersangan mula terjadi."
*"Jika tiada arus juga,sesuatu itu tidakkan bergerak mahupun berkembang,msti perlu ada yg mewarisi setiap yg dibawa(perahu itu),begitulah sesuatu ilmu,budaya dan segala warisan melayu, tapi janganlah lupa pada yg Satu, Agamamu(tuhan dan syahadahmu). Berpegang teguhlah bersama,jangan kendur walau sesaat masa. Bermula dengan perkenalan,membawa ia kepada ukhwah bersama sesaudara..."
*"Dalam perjalanan hidup,pelbagai dugaan yg diberi,dan dirilah yg membawa keselesaian setiap yg dihadapi,kala gembira riang ria bersama teman dalam masa yg damai,tatkala datangnya diuji,kedamaian dalam gembira entah kemana,dengan Ilmu dan pengatahuan jugalah kita bawa hadapinya.""*BLB*

Seni Beladiri Melayu... 1 (Silat/Beladiri Melayu) dalamnya punya beribu.. Kepelbagaian aliran dan persatuan, tapi semuanya dalam satu ikatan silaturrahim bersama... Ukhwah terjalin merapatkan semua.. 
Takkan seni beladiri melayu hilang dek arus masa, selagi ia dipegang,dibawa dan dikembangkan bersama... Takkan Melayu Hilang Didunia Selagimana Agama dipegang jadi yang Utama... Salam silaturrahim pada semua...*BLB*..

Tempur lama pakaian semua.. Seni Beladiri Melayu pusaka bangsa...bagi menjaga kedaulatan negara,dijunjung agama yg utama,pertahankan tanah air bersama sama. 
Silat Seni Beladiri Melayu-wahai anak malaya,yg juga rumpum sebangsa, cari dan pelajarilah seni beladiri kita, moga diwarisi dan dibawa mengikut masa.
Jangan biarkan ia terbiar begitu sahaja,warisan bangsa lambang kemelayuan kita,teguh bangsa senusantara,makmur dalam meniti masa, seni silat itu juga pertahanan bangsa, menjadi benteng apabila diuji tuhan yg maha Esa,berguna ia membela Agama dan tanah air kita..
Janganlah leka dek arus masa,duka datang tidak kira masa,bersiap sedia angkatan kita,eratkan ukhwah silaturrahim kita, menjadi teguh bersama sama, kita semua adalah saudara(seAgama).


Berguru bagi mencari Ilmu, ditunjuk diajar bagi peroleh yg dimahu, penerangan dan pemahaman diterangkan oleh guru,erat ikatan dalam berguru.
Dalam mendalami perlu Latihan kendiri, 
Jadi pemakanan buat diri sendiri, dikupas dicari mengikut kebolehan diri,jika ingin pencerahan yg lebih pasti, bertanyalah pada guru yg mengajari.
Belatih bersama teman,digelanggang jadikan 'hiburan',tenang dalam latihan,bertukar pendapat bersama guru dan teman2. 

Luas pengatahuan tinggi pemahaman, 
ikhlas diri bukanlah keterpaksaan,
hormat menghormati sesama teman,
Guru juga jangan dilupakan. 
Simpanlah ia pakaian diri, 
bukan bertujuan meninggi diri,
Moga berguna ilmu yg diperolehi,
buat diri dalam perjalanan masa hari ke hari.
Tanam niat pada hati,jadi pegangan buat perjalanan diri,moga berkat dan dirahmati, Ilmu yg ada dimanfaati kejalan yg diRedhai.BLB










Create by:- BLB
-SangPurbaRajawaliBesi13-


TerimaKasihKesatuanPAHANGTENGGARA




No comments:

Post a Comment