Saturday 9 May 2015

Seni Beladiri Melayu-Seni Silat Lian / Buah Pukul

  SENI SILAT LIAN (BUAH PUKUL)

  • Muqaddimah

Seni Silat Beladiri LIAN
(BERLIAN:Permainan/Latihan Dalam Lian) atau dahulunya dikenali BUAH PUKOL adalah seni tempur perang kuno. Ianya seni tempur tanpa senjata/bersenjata jarak dekat dan sederhana. Orang lama kata,seni ini jika dapat kuasai jurusnya dengan secara automatik boleh bermain apa juga bentuk senjata.,tapi apa yang penting kuasai jurus dan fahami jurus. Senjata utama lebih kepada Tekpi.

  •  Perincian serba sedikit

Seni beladiri ini sudah lama berkembang ditanah melayu,cuma adat seni ini ianya tidak ditunjuk, maka tidaklah masyarakat ketahui berkenaan seni ini. Dahulu pun seni ini diajar ditempat yang tidak  mudah dilihat orang,seperti dalam rumah atau jika digelanggang,gelanggangnya akan ditutupi sekelilingnya. Jadi orang tidak nampak,nak tahu belajar lah dengan guru-gurunya.

Tetapi kini Silat Lian / Buah Pukul ini sudah berkembang di semenanjung Malaysia dan mula dikenali ramai. Asalnya seni silat ini berkembang di belah selatan dan pantai timur sahaja, mula bertapak pada kurun ke-18 bermula diMersing.

Seni Lian/Buah Pukul merupakan seni pertahankan diri kuno/silam yang menjadi amalan para pengamal seni beladiri sejak dahulu lagi. Ianya tersembunyi sejak sekian lama dan diajar kepada para saudara, rakan rapat dan terdekat sahaja. Tapi kini mula berkembang dan diterima masyarakat.

Kini seni beladiri LIAN ini telah banyak dikembangkan dengan pelbagai aliran persatuan tetapi masih dibawah aliran Buah Pukul. Pembelajaran yang agak mudah kerana tiada bunga,tetapi kekuatan stamina dan dalaman itu penting. Seni tempur beladiri ini agak ringkas, tetapi padat dengan pukulannya dan kepantasannya. Cerita ringkas berkenaan seni beladiri ini ialah gerak untuk memukul, asal gerak mesti pukul,asal ruang itu peluang. Kerajinan latihan dan latihan bayang sangat dititikberatkan dalam proses mempelajarinya, gerak hati dan ketajaman mata sangat penting dan  jika kena cara latihan dan kefahaman dalam jurus,tubuh dan anggota akan menjadi multi-fungsi.

     Sejarah Beladiri LIAN (BUAH PUKUL)

*INI ADALAH SERBA RINGKAS SEJARAH SENI LIAN:-

Sejarah awalnya seni ini dibawa ketanah melayu oleh pedagang china iaitu pedagang Islam berasal dari Yunan bernama SYED ABDUL RAHMAN pada kurun ke-18,beliau berketurunan Saidina Samaun al-Radzi,pengasas sebenar seni ini. Asalnya ada 2 bentuk permainan lian ini iaitu seni lian yunani dan seni lian kwantung.

Sejarah mencatatkan satu insiden berlaku di tanah perlabuhan Singapura dimana pedagang ini (Syed Abdul Rahman) telah berkelahi dengan 8 orang penarik lanca berpunca dari perselisihan faham. Dengan mudah Syed Abdul Rahman mangalahkan 8 orang tersebut. Berita itu sampai ke pengatahuan Sultan Ibrahim,iaitu Sultan Johor pada masa itu. Lalu baginda menyiasat kehebatan pedagang tersebut dan memerintahkan pengawal peribadinya iaitu DATUK AWANG BIN ALI (AWANG DAIK) untuk pergi menyiasat dan menguji kehebatan pedagang tersebut. Dari firasat Datuk Awang Daik beliau tidak mampu menewaskan kehebatan pedagang yang bernama Syed Abdul Rahman tersebut,lalu meminta izin untuk membawa sahabatnya iaitu PAK LONG MUHAMMAD YASIN YUNUS (PAK LONG) yang merupakan ketua polis Muar.

Setelah bertemu dengan Syed Adbul Rahman,Awang Daik dan Pak Long meminta pedagang tersebut untuk tunjukkan seni beladiri beliau. Setelah beberapa kali akhirnya pedagang tersebut (Syed Adbul Rahman) pun sahut cabaran itu. Setelah bertempur,kedua duanya (Awang Dain dan Pak Long) tumpas/kalah. Maka dengan itu, untuk menebus kekalahan tersebut, Sultan Ibrahim menitahkan agar kedua dua pendekar Johor itu berguru dengan Syed Abdul Rahman. Pedagang itu dijemput untuk datang ke tanah mersing dan mengajar keduanya disana. Setelah habis belajar dan dapat kuasai semua jurus,Syed Abdul Rahman dengan rasminya mengijazahkan keduanya (Awang Daik dan Pak Long) untuk mengembangkan seni beladiri ini. Awalnya ianya digelar seni buah pukul Mersing. Setelah dikembangkan dan ramai anak muridnya,dan anak muridnya juga kembangkan ditempat masing maka banyaklah aliran buah pukul ini dengan pelbagai nama buah pukul. Hal ini kerana masing-masing mengajar dengan cara sendiri,dengan yang asal,dikaji dan dibentuk maka banyaklah alirannya. Tetapi asal dan zahirnya semua aliran ini asasnya sama sahaja. Sekian lama,Awang Daik telah turunkan kepada anaknya dan mula berkembang ke tanah Rompin Pahang. Begitu juga Paklong telah kembangkan ditempatnya. Maka banyaklah anak muridnya dan mula berkembang sampai ke Terengganu... 

Kini seni ini mula berkembang ke semenanjung seperti Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan, Selangor, Melaka dan Perak serta di kepulauan burneo seperti Sabah dan Sarawak.

(Ada juga berpendapat seni beladiri ini dipakai dari KERAJAAN JOHOR-RIAU oleh tentera-tentera silam bagi menjaga keamanan negeri dan perairan)

  • Antara Beberapa Persatuan Didalam Aliran Beladiri Lian Buah Pukul

- BUAH PUKUL MERSING
- LIAN KWANTUNG
- LIAN YUNAN
- PERTUBUHAN GERAK LIAN MALAYSIA
- GAYANG LIMA
- GAYANG LIAN
- LIAN RAJA PUKUL AWANG DAIK(RPAD/PERAWAD)
- GAYANG ANAK DARA
- LIAN 13
- BUAH PUKUL SABILI,DUNGUN
- LIAN KEMAMAN
- BUAH PUKUL 7 HARI,KELANTAN
- BUAH PUKUL TOK PERPAT
- LIAN PADUKAN
- LIAN PADUKA
- LIAN SETIA BAKTI
- PUKULAN PAK MAT KELANG/PUKULAN BUAH MELAKA
- SILAT GERAK TEPAT



SEKIAN SERBA RINGKAS PENGENALAN SENI BELADIRI LIAN


Aliran LIAN adalah dari 1 Rumpun yang sama..Walau pelbagai persatuan yang ada,tapi ia dari akar yg sama, semuanya adalah Bersaudara.

Ukhwah Silaturrahim Bersama

-TERIMA KASIH-

*KATA-KATA SANTAI*

wahai anak bangsa seagamaku,bangkitlah kalian,
wahai anak muda kita,bangkitlah dari lena,
majulah untuk diri,agama dan negara,
janganlah kita leka dengan apa yang ada,
janganlah kita leka dengan hiburan semasa,
tapi paculah diri untuk terus maju,
dalam pelbagai aspek kita boleh kuasai,
dengan jati diri,kesungguhan dan kekuatan dalam diri,
ikhlas dicurahkan dari dalam hati,
agar setiap yang diusahakan dirahmati dan dikasihi.

*Eratkan Ikatan Teguhkan Silaturrahim bersama Bangsa dan Ugama

Wahai kalian,carilah sesuatu ilmu, selain ilmu pemikiran, ilmu untuk diri juga diperlukan.

Zaman Rasulullah juga selain ilmu perniagaan, ilmu pertahankan diri dan perang juga perlu dipelajari, kerana zaman itu digunakan untuk mengembangkan agama Islam. 
Tetapi kini apa yang kita pelajari agar ia dapat mempertahankan apa yang telah dibawa dan dikembangkan oleh Rasulullah. Bukan untuk salah laku atau disalah gunakan,tetapi biarlah sekurang kurangnya berguna buat diri,keluarga,agama,bangsa dan negara.
Niat nawaitu haruslah betul,sebenar benar kita pelajari kerana Allah dan diredhai olehNya. Insyaallah Allah akan jaga kita dan berada dijalan Allah. Pelajari sesuatu ilmu itu haruslah kita tajami ia pula dengan ilmu agama,didalami dengan ilmu agama,agar ia jadi pagar bagi kita.
Zaman sekarang pun banyak benda yang berlaku,Nabi kita pun ada menceritakan perihal akhir zaman. Dengan itu mintalah jauhi dari kesesatan duniawi yang makin penuh dengan kancah.

Seni beladiri, Ianya bukan untuk kekasaran atau salah guna,tapi dengan niat nawaitu yang ikhlas pada hati,ketahui tujuan mempelajari sesuatu ilmu dan niatlah kerana Allah. Bahawasanya itu penting sebagai pendokong kita bersama dijalan Allah.











1 comment:

  1. Casino Review - Avis The Spa in Las Vegas, NV
    With casino 의정부 출장샵 gaming and live entertainment at 여수 출장샵 your fingertips, 동두천 출장안마 our casino hotel offers the ultimate gaming experience in Vegas! Click here to read 목포 출장안마 reviews 의왕 출장안마 and

    ReplyDelete