Friday 6 January 2017

Diri dan Persaudaraan Ukhwah Silaturrahim

Secara Ringkas Sahaja,Seruan buat Semua,
Sedikit sedar lebih baik dari terus Leka.



Assalammualaikum salam serumpun buat semua.. moga sejahtera sihat dan baik keatas saudara-saudara dan semua yang seAgama. 

Dalam perjalanan kita membawa diri,dalamnya kita semua berpijak dan lalui,bersama insan kita hormat menghormati, bukan musuh yang kita cari. Dengan perkenalan yang dimulai,ikatanlah yang kita eratkan dihati. 
Sejauh mana kita berjalan,kita tetap dibumi yang nyata anugerah Tuhan. Berbaik membawa perpaduan, Silaturrahim membawa keutuhan.

Tidak kira apa juga yang disarung,kita tetap makhluk tuhan yang punya roh dan jasad, dibekalkan rohaniah dalam perjalanan,moga kenal erti kehidupan dan sebuah persaudaraan..-BLB-

Seorang Pakcik bercerita, sekarang ramai orang muda dah sedar dan mencari,bkn dari segi ilmu beladiri shj,tapi masing2 cuba memahami dan mendalami ilmu Agama.. dok dimeja kopi pun boley untuk diborakkan, sedikit mencari makna, akan datanglah perincian, akan mula wujud pemahaman.Dalami Syahadahmu bernama Insan. Sedikit2 lama2 cerahlah sinar nur Kesedaran..  nak lebih detail dan mendalam ikutilah kelas2 Agama yg ada dibuat. Sekurangnya Ceramah2 dan tazkirah yg punya 1001 perisian...

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum itu sampai mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.” Q. S. [13] : 11

Bermulalah dari Kesedaran.



Kongsian shj:-

*Kerohanian atau rohani/rohaniah,dalam maksud terhad/dalaman yang merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan roh. Manakala dalam maksud yang lebih luas, membawa maksud semangat intrinsik yang dipunyai oleh segala jirim di dunia. Walaupun begitu rohani selalu dikaitkan dengan perasaan dalaman manusia yang melibatkan emosi kendiri dan penaklukan strategik dalam manusia berkait juga pada luaran yang mempengaruhi jiwa/perasaan.

 (dari segi halusnya lagi berkait juga pada pentafsiran/pemahaman berkenaan diri dan dalaman perjalanan kehidupan) 

Kesucian rohani sangat ditekankan dalam agama. Kesucian rohani membawa maksud keadaan mental yang logik dan mementingkan kebaikan manusia sejagat dan baharulah kebaikan individu itu sendiri. Rohani setiap individu merupakan penentu moral sosial masyarakat itu dan penetapan kesedaran.

Kesedaran penting dalam mengawal rohani manusia yang dijadikan bercampur baur di antara emosi positif dan emosi negatif dengan intuisi dan objektif bagi mencorakkan secara optimum manusia yang sempurna dari segi kelakuan dan personaliti.

Rohani yang kacau dikaitkan juga dengan emosi negatif dari segi psikologi.

Manakala rohani yang sempurna selalu juga dikaitkan dengan aktiviti beragama individu yang tekun dan perbuatan baik yang banyak dilakukan oleh individu itu. 

*Persaudaraan Bersama Seagama:-

Islam menitikberatkan untuk kita menyambung/menjalinkan/mengeratkan hubungan dan bersatu serta mengharamkan pemutusan hubungan, saling menjauhi, dan semua perkara yang menyebabkan lahirnya perpecahan. Hal ini kerana,
Islam menyuruh untuk kita menyambung serta mengeratkan ukhwah silaturahim dan saling memperingatkan(berpesan) agar jangan sampai ada seorang muslim yang memutuskannya walhal mengeratkan lagi serta mengukuhkan  tali persaudaraan dalam lembaran masa yang berjalan ini moga ia lebih utuh bersama dalam melalui peredaran masa.

*Ikatan Persaudaraan
Persaudaraan dalam Islam membawa erti cukup luas ,tetapi persaudaraan antara sesama muslim adalah yang pertama dan sangat utama. Sebagaimana disebutkan dalam ayat :

اِنَّمَا الْمُؤْمِنُوْنَ اِخْوَةٌ....
Artinya : “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara...” (Q.S. Al-Hujurat : 10)

عَنْ أبْنِ عُمَرَ رَضِى الله عَنْه قَالَ: قَالَ رَسُوْلَ اللهِ صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلّمَ: الْمُسْلِمُ أَخُوْ الْمُسْلِمِ لا يَضْلِمُهُ ولايخذله وَلا يُسْلِمُهُ
Artinya:
"Diriwayatkan dari Ibnu Umar, beliau berkata: "Rasulullah SAW bersabda: Seorang muslim itu adalh saudara muslim yang lain. Oleh sebab itu, jangan menzdalimi dan meremehkannya dan jangan pula menykitinya." (HR. Ahmad, Bukhori dan Muslim)

Persaudaraan merupakan sesuatu yang umum, tetapi sangat mendalam dan membawa hikmah yang sangat luas dalam menjaga serta memperkukuhkannya.
saling memperkuat ikatan–ikatan dan sebagai faktor untuk mencapai kesejahteraan dan kebersatuan dalam kehidupan serta dalam perjalanan masyarakat Islam. Setiap manusia memiliki kewajiban dan tanggungjawapnya,dan dengan adanya rasa cinta, menghargai, hormat menghormati,saling ambil tahu, tegur menegur,perkongsian dan pelbagai lagi kewajiban – kewajiban yang boleh dilaksanakan. 

Ukhwah Silaturrahim  persaudaraan Islam telah digariskan dan ditekankan oleh Allah SWT.

Masa serta perkembangan dunia salah satu gelombang cabaran dalam mengukuhkan Silaturrahim sepertimana yang telah ditekankan, kerana dengan berhubung semua boleh berhubung,tapi inti dan hikmah dalamnya itulah yang agak sukar diperolehi kerana kehidupan dalam masa serta perkembangan dunia serta Ideologi yang mereka bawa dan sebarkan(fahaman moden barat). Tapi dengan pendidikan,perkongsian dan kesedaran insyaallah sikit2 kita semua mendalaminya.

8RabiulAkhir1438 (BLB-SPRB13)

No comments:

Post a Comment