Wednesday 4 January 2017

Jatuh Bangun Bersama Dalam Arus Masa Bangsaku




Wahai Bangsa Tanah Berdaulat, tidakkah kita masih ingat sejarah penaklukan dan penentangan penjajah diTanah Air kita. Bukankah jika dilihat faktor utama sebenarnya bukanlah sepenuhnya kelemahan pertahanan kita,kelemahan pertahanan dan ketenteraan kerajaan-kerajaan besar Tanah Melayu mahupun Nusantara.

Dahulu tanah berdaulat ini agung dan maju, terkenal diseluruh dunia dengan keamanan,kesuburan,kekayaan hasil bumi dan bijih2 besi yg sgt berkualiti dan digelar banjaran Emas, serta juga disebut dlm kitab2 kuno dunia,catatan pada dinding piramid mesir berkenaan barangan yg diambil dari sebuah tempat di banjaran timur. Penemuan artifak,piramid,keris,reka bentuk dan bnyk lagi yg tersebar diselata dunia yg banyak menunjukkan ia kesamaan dengan hasil dari ketamadunan Nusantara.

 Senjata2 yg lebih hebat, hasil dari persaudaraan dan silaturrahim antara kerajaan2 kuno nusantara, dari segi persenjataan serta Jong2 penguasa laut yg mengawal laluan air selat, pelayar2 melayu yg telah lama dan terawal menerokai dunia lautan, menjalinkan hubungan2 dengan kerajaan besar di timur tengah dan dunia arab. Tanah tumpuan pedagang dan persinggahan para pedagang,betapa tinggi adab dan tinggi peradaban kita menyambut tetamu tetamu yg singgah dan berdagang di tanah jawi ni. Mungkin kita dibesarkan hanya dengan kisah Kerajaan Melaka dan beberapa kerajaan awal..
Tetapi sebenarnya di nusantara sahaja terdapat banyak kerajaan kuno yg ada sebelum melaka, kerajaan tua kuno diPahang,DiJohor dan bnyk lagi yg tidak terungkai..tapi ianya musnah ditawan dan diperangi oleh penjajah yg tamakkan hasil kejayaan Nusantara. Hasil bernilai dibawa lari,ketamadunan dimusnahkan,dan mereka perkenalkan dan menyebarkan bahawa merekalah yg membawa kepada kemajuan dan kemodenan,perkenalkan teori manusia dari beruk, zaman-zaman bermula dr zaman batu,zaman gangsa dan berikutnya,dibawa dlm mata pelajaran sekolah maka dari situ sesuatu bangsa dan manusia akan terus mundur...mereka beri dan suapkan ideologi2 mereka untuk kita terus dibawa arus tanpa mencari dalam kesedaran, manusia akan bergerak dan dibawa oleh angin yg mereka tiupkan. Sedangkan kita tanah melayu yg berdaulat ini adalah bangsa yg berjaya, dengan agama rasmi kita Islam,ajaran,sirah,
akidah,tauhid antara pecahan utk menceritakan segalanya tentang dunia, alQuran sebuah kitab suci yg merangkumi segalanya. Kerna itulah Hang Tuah Pernah berkata, Takkan Melayu Hilang Didunia,Jika teguh berpegang Syariat Agama- islam.

Tapi kini kita bangsa sahaja melayu,tetapi budaya kehidupan ala kebaratan kerana slogan yg mereka(orang-orang barat/penjajah) beri adalah Kemodenan.. tanpa sedar sangat halus gerakan penjajahan mereka. Penjajahan Minda, Kawalan Minda.

Kejatuhan kita dahulu bukanlah 100% kelemahan pertahanan, tapi adanya tali barut dan bangsa sendiri yg sanggup menggadai tanah sediri demi kekuasaan,kekayaan,dan untuk kepentingan peribadi serta kepentingan golongan yg menyokongnya dengan memberitahu kelemahan2 kerajaan itu sendiri...

Begitu juga zaman penjajahan Jepun, ada yg menjadi tali barut,dan tunduk dengan kuasa Jepun pada masa itu..tidakkah menjadi tanda tanya begitu cepat masa diambil untuk mereka kuasai tanah melayu.dengan slogan yg mereka bawa dan perkenalkan,ada yg percaya tunduk dengannya..
British menentang nya, pelbaga cara diguna,dibawa masuk tentera bantuan dari   luar, dalam masa asik membawa masuk dan mendapatkan bantuan dr luar, dalam tidak sedar yg membantu dan dibawa masuk itu telah membuat satu gerakan bilamana Jepun tewas, mereka hendak menguasai tanah melayu.. iaitu Parti Komunis Malaya..

Janganlah GADAI tanah berdaulat ini.. Janganlah dengan membawa masuk orang luar terlalu banyak,dengan tawaran yg diberikan,tidak mustahil akan berulang kembali.. Kini kita dalam aman,semua kejar kemodenan, dalam senyap bidang perniagaan juga telah dikuasai oleh bangsa lain dari luar dalam sesuatu tempat... Janganlah sampai kita merempat diTanah Sendiri, menjadi sebuah kapal dalam kegersangan sungai yg tiada air membawanya.

Jadikanlah yang lepas itu pengajaran,bukan hanya catatan sejarah saja tanpa diambil kira pengajaran disebalik yg berlaku.. pernah dengar orang selalu kata masa itu berputar,jika kita leka tidak mustahil sesuatu boleh berlaku.. ia juga boleh tidak nampak dimata,tapi mungkin halus dalam masa...

Janganlah sebab kuasa kita buta,janganlah sebab kekayaan kita terlena, kawallah ia bkn 100% boleh kita lepaskannya.. Mungkin ada berkata berfikiran terbukalah kita.. tapi janganlah terlalu terbuka, musuh masuk pun kita dalam bersuka...

Berdiri kita Berjaga, bukannya Lenanya.. Bersatu kita Ukhwah bersama seagama,bangsa,dan seNusantara.. Bersalam kita kukuhkan silaturrahim bersama, Bersatu kita dalam eratkan ikatan tali persaudaraan bersama.

Perjuangan mulia bersatu dibawah satu Panji, satu kalimah syahadah kita semua bersaudara, Ikhlas tulus dalam berjuang bersama, kekal utuh sehingga ke Akhirnya. Bahwasanya Allah itu Maha Berkuasa..

Janganlah biarkan Bahtera kita dirampas, telah lama kita belayar dilautan yang berombak,jagalah bersama segala yg ada didalamnya. Janganlah mudah membawa kelasi luar yg begitu banyak,dirisaukan bahtera dirampas kita yg merempat diatasnya.

Bersatu teguh bercerai roboh,berikat ukhwah eratkan silaturrahim,bersatu hati kita jalinkan harmoni, kekal utuh dalam hormat menghormati,sehati sejiwa semuanya bersaudara. Berani kerana Benar,Bersatu kerana tuntutan..Berjuang dalam keikhlasan,demi Agama,Bangsa dan Tanah Berdaulat kita.
Salam Silaturrahim Serumpun Ukhwah.

#WarisanBahteraMelayu
#BentengKedaulatanMelayu
#BLB-SPRB13


No comments:

Post a Comment