Thursday 19 January 2017

Jiwa Pahlawan Aku Melayu

Assalammualaikum saudara semua:-
Kata-kata ilham sahaja,amanah untuk disampaikan buat semua. Moga faham dan terdetik sesuatu pada jiwa.. Bebaskanlah jiwa dari jajahan maya.



Jiwa Perang Pahlawan Melayu,
Membara mengejar sang penderhaka,
Menceroboh dan menawan tanah tercinta,
Bangkit Membela Nasib Saudara.

Dalam Mempertahan Tanah Tercinta Ini,
Takkan Hilang Semangat Perjuangan Kami,
Dalam Membela Bangsa dan Agama,
Bersatu kami dibawah Naungan Illahi.

Bilamana Semboyan Berbunyi,
Bersiap Siaga Wahai Bani Jawi,
Bangkit dan Bergerak dalam Masa,
Bersatu hati Sehati Sejiwa.


Bermula kini kita sedarkan bersama,
Eratkan kembali tali Persaudaraan Seagama,
Yang mana selama ini mula leka,
Dihanyut masa kesenangan Dunia.

Bila tiba Ujian yang diberi,
Harap kita sudah Bersedia,
Janganlah kita kucar kacir jadinya,
Kerna yang tidak disangka,
Bila bila masa akan hadir menguji kita.

Bersatu Teguh Bercerai Roboh,
Erat kita Kukuh, Utuh menjadikan kita Teguh,
Lembaran Ukhwah Silaturrahim kita bermula,
Moga masa akan datang ia sudah menjadi Rumpun Benteng Bersama.


Salam dihulur ikatan bersama,
Ukhwah Dijalin Silaturrahim buat Semua,
Mencipta pagar dan Istana Bersaudara,
Kekal bersama dalam Perjalanan Masa.

Yang Utama Syahadah Kita,
Berjalan kita Tujuan yang Sama,
Jalan Illahi yang dijalani kita,
Keredhaan dariNya buat kita Semua.

Teguh Bersama Dengan Ajaran Agama,
Pahat Dijiwa dalam Perjuangan Masa,
Jangan Dilupa Yang Utama,
Maha Suci Tuhan Yang Maha Pencipta,
Menjadikan kita sebagai Manusia,
Darjat tinggi dari semua Makhluknya,
Islam diberi sebagai kesempurnaan jiwa,
Jalan diredhai Allah Maha Berkuasa.


Ikatan silaturrahim ditekankan Agama,
Menjadi panduan bagi kita semua,
Syahadah yang sama dilafaz oleh kita,
Itulah tanda kita semua bersaudara.
Bersamanya juga syariat yg diUtama.

Takkan Hilang Warisan Bangsa,
Selagi ada yang Mewarisinya.
Takkan Melayu Hilang Didunia,
Selagi Berpegang Teguh bersama Agama,
Islam Sebagai Tunggak Utama kita..

""لا إله إلا الله محمد رسول الله ""

#SangPurbaRajawaliBesi-13-
#Belian Lian Bersaudara
#WarisanBahteraMelayu
#BentengTanahBerdaulat
#18RabiulAkhir1438

No comments:

Post a Comment